Saturday, July 4, 2009

Bila Hati Dah Suka

Teringat lirik lagu "Bila hati sudah suka, semua indah saja...". Begitulah kita. Namanya manusia, tiada yang sempurna. Untuk menyempurnakan hidup, perlu ada give and take. Tak boleh take saja. Sekali sekala kena give jugak. Ok berbalik dengan cerita bila hati dah suka. Kalau hati dah suka, semuanya fantastic, tiada cacat cela, kenyataan ini tidak hanya terhad kepada pasangan kekasih sahaja, dalam hidup berkeluarga pun ada, berkawan pun ada, tapi yang nak dicakap apabila ianya melibatkan politik di pejabat.
Nak tahu orang itu suka benar kat kita, senang je. Kita tau kita buat silap, tapi "si polan menyukai kita" buat bodo je, kalau tegur pun bisik-bisik dan kesilapan kita tidak diwar-war kan. Cover line. Itu namanya SUKA. Itu bukan pilih kasih, mau kena tembak kalau kita cakap pilih kasih. Cuba yang "tidak disuka" buat silap, jeng jeng, siap kau. Sendiri mau ingat. Tidak cukup satu mulut, boleh pinjam mulut kawan kutuk orang, tak puas hati kutuk kat pejabat, on pc, go online, gunalah apa-apa channel chat yang ada, sekadar nak kutuk yang "tidak disuka" pada orang yang tertentu, tak kisahlah orang tu duduk di Sabah kah, Putrajaya kah, janji berita tersebar. Baru puas hati. Kayu juga orang macam ini. Tapi tak apalah, hukum alam, tak semestinya yang lama berada di atas sampai mati kat atas, sekali sekala merasa juga jatuh ke bawah. Itu adat, dan itu pasti terjadi.
Kisah ini tidak ada kena mengena, kalau terasa tu, pernah lah anda buat macam tu. Kalau baca tak terasa apa-apa then you OK.

2 comments:

Zen Eizan said...

wah aku urang pertama. apa nk d komen owh. cmtuk jak, orang diam lom tentu nya alim ulamak, nak kiyak kaong ya lom tentu nya penjenayah. wakakaka ...

Unknown said...

ada juak yg tepekik telolong tu..haha satelit pelu mainkan peranan utk sebarkan berita ke seluruh penjuru alam..