RAHSIA HATI PEREMPUAN
Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tidak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik sahaja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakannya akan tahu berita tersebut.
Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. Jika lelaki menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih mendalam.
Wanita bangkitkan ketenangan
Bagaimana wanita dapat membantu memanjangkan usia lelaki? Dr. Karen Weattherby menyatakan, dengan melihat wanita lebih dari dua minit setiap hari dapat membangkitkan ketenangan di jiwa lelaki. Malah ia menyamai aerobic setengah jam. Jangan salah faham, keadaan ini bukan disebabkan nafsu semata-mata tetapi ia dating daripada rangsangan yang dapat meningkatkan kelancaran darah dalam badan serta mengepam jantung yang sihat serta teratur.
Menangis dalam hati
Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
Wanita sukar mencari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi, sebab itu ramai wanita yang patah hati bila berasa dikhianati.
Wanita sukakan kejutan
Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan buatnya seperti hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan berasa ragu.
Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang dirinya dan baik terhadapnya. Sebenarnya mudah untuk mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Saturday, March 21, 2009
Kenalilah Wanita Yang Anda Cintai
Posted by suraya.suri at 11:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment